BIZ Talk Skim Kemudahan Pembiayaan MARA

13 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah mendengar satu taklimat mengenai Skim Kemudahan Pembiayaan yang ditaja oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA). Taklimat ini berlangsung pada 12 Mac 2023 bersamaan hari khamis pada jam 3.00 petang melalui Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) FB Live. Oleh yang demikian, pengurus PEDi hanya sempat untuk mengikuti siaran ulangan sahaja yang dipaparkan demi memperolehi input yang berguna khususnya buat para usahawan di PEDi.

Sesi bual bicara yang berlangsung hampir satu jam lebih ini difokuskan mengenai jenis-jenis kemudahan pinjaman yang disediakan oleh pihak MARA kepada para usahawan yang berminat dan berkelayakan. Antaranya pinjaman mengenai Skim Pembiayaan Mudah Jaya, Skim Pembiayaan Perniagaan DANANITA, Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya, Skim PUTRA, SPED NANO, Skim Pembiayaan Professional, Skim PUTEK dan SPIKE. Kesemua maklumat ini boleh didapati dengan melayari info MARA secara rasmi.
.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali